Home Nasional 16 penduduk tinggal sehelai sepinggang
Nasional

16 penduduk tinggal sehelai sepinggang

16 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Foto RTM

KUCHING, 25 Julai-Kira-kira 16 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Mohamad Meramit kejadian yang berlaku sekitar pukul 1.00 pagi itu telah memusnahkan tiga buah rumah selain beberapa kenderaan.

Susulan itu pihaknya telah menghantar sebuah jentera pemadam dengan kekuatan 10 anggota bagi mengawal kebakaran dari terus merebak.

Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sekitar pukul 4.00 pagi berikutan akses ke lokasi kejadian agak sempit.

Operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela kampung Bako.

Menjelaskan insiden itu kepada media di Kuching pagi tadi, Mohamad turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan kerugian sedang disiasat.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...