Home Pasaran Tokenisasi Bon Dan Sukuk Akan Diperkenal Tahun Ini – SC
Pasaran

Tokenisasi Bon Dan Sukuk Akan Diperkenal Tahun Ini – SC

Tokenisasi Bon Dan Sukuk Akan Diperkenal Tahun Ini – SC

Datuk Mohammad Faiz Azmi

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) –Tokenisasi bon dan sukuk, yang bertujuan untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran modal Malaysia, dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata inisiatif ini merupakan usaha bersama antara suruhanjaya itu dan Khazanah Nasional Bhd.

Beliau berkata inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan bon lebih mudah diakses oleh pelabur runcit, memandangkan terbitan bon tertentu pada masa ini terhad kepada pelabur yang berpengalaman.

“Antara satu perkara yang akan kami umumkan akhir tahun ini ialah kami sedang menjalankan kajianbersama Khazanah untuk melihat bagaimana bon boleh ditokenisasikan.

“Secara logiknya, jika anda tokenisasikan bon, anda tidak perlu membeli keseluruhan bon. Anda hanya perlu membeli sebahagian daripadanya,” katanya dalam taklimat media mengenai Laporan Tahunan SC 2024 yang dikeluarkan hari ini.

Mohammad Faiz berkatainisiatif ini akan membolehkan SC dan Khazanah menilai fungsi utama, seperti kontrak pintar dan pengaturan penjagaan, sambil menilai manfaat dan risiko sekuriti yang berasaskan blockchain.

Menurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, pelabur berpengalaman adalahtermasuk individu berpendapatan tinggi dengan aset bersih RM3 juta, atau pelaburan RM1 juta, syarikat dengan aset bersih RM10 juta, dan pelabur institusi seperti bank, dana pencen dan syarikat insurans

Laporan Tahunan SC 2024 menjelaskan bahawa teknologi blockchain menawarkan manfaat seperti kebolehan pengaturcaraan, ketelusan, dan kebolehcapaian, yang membawa kepada dorongan global untuk tokenisasi.

Laporan itu turut menyatakan bahawa SC kini sedang membangunkan panduan peraturan untuk membantu perantara dalam memahami dan mengurus risiko yang berkaitan dengan sekuriti berasaskan token.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...