KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dalam dagangan tengah hari ini walaupun prestasi pasaran serantau kebanyakannya tinggi ketika pasaran terus diasak sentimen berhati-hati.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.87 mataatau 0.25 peratuskepada 1,545.0 daripada1,548.87, semalam.
Indeks penanda aras itudibuka 4.07 mata lebih tinggi pada 1,552.94 dan turun naik antara 1,544.02 dan 1,553.84 sepanjang sesi dagangan awal.
Pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 583 berbanding 267 manakala 423 tidak berubah, 1,145 tidak diniagakandan tujuh digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 2.04 bilion saham bernilai RM1.01 bilion.
Sementara itu,Rakuten Trade Sdn Bhd berkata kekurangan pemangkin serta jumlah dagangan harian yang susut, merencatkan penyertaan, khususnya daripada segmen runcit.
“Memandangkan kami tidak menjangkakan pasaran mencatat aliran menaik dalam masa terdekat, indeks utama itu diunjur bergerak dalam julat1,545-1,555 hari ini,” katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikanCelcomDigi dan Petronas Gas masing-masing meningkat 2.0 sen kepada RM3.90 dan RM17.74, Press Metal meraih 8.0 sen kepada RM5.04, MISC menambah 1.0 sen kepada RM7.67, IHH Healthcare sebaliknya tidak berubah pada RM6.95, Maybank turun 4.0 sen kepada RM10, Public Bank rugi tujuh sen kepada RM4.45manakala Tenaga Nasional dan CIMB masing-masing merosot 4.0 sen kepada RM14.10 dan RM7.0.
Bagi saham aktif,Harvest Miracle dan Alam Maritim meningkat setengah sen kepada 18.5 sen dan 3.5 sen, Tanco naik 1.0 sen kepada 96.5 sen, MYEG tidak berubah pada 89.5 sen, Sarawak Cable turun 4.5 sen kepada 3.5 sendan Inari Amertron susut 12 sen kepada RM1.90.