Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbandingdolar Amerika Syarikat (AS) susulan kelemahandolar ASakibat prospek ekonomi negara itu yang kurang memberangsangkan selain kebimbangan mengenai tarif, katapenganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2790/2960 berbanding dolar AS daripada 4.2950/3010 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidakpastian ketara mengenai masa depan ekonomi AS disebabkan oleh kebimbangan berterusan mengenai tarifyang mungkin mempengaruhi harga dan pertumbuhan ekonomi.

“IndeksDolar AS (DXY) dilihat turun 0.31 peratus kepada 100.118 mata manakala harga ekuiti AS merosot apabila terlebih beli. Bagaimanapun, hasil Perbendaharaan AS meningkat berikutan semakan turun penarafan ke ataskerajaan AS baru-baru ini mungkin menjejaskan rancangan untuk pengembangan dasar fiskalf,”katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata sentimen pasaran juga akan terus berhati-hati dengan nilai dolar AS-ringgit dijangka kekal dalam julat 4.28-4.29.

"Selain itu, Malaysia mencatat angka eksport lebih baik daripada jangkaan pada April dengan 16.4 peratus berbanding anggaran awal7.5 peratus.

"Oleh itu, ini mungkin menjelaskan mengapa Bank Negara Malaysia tidak mengurangkan kadar dasar semalaman padaminggu lepas kerana masih mahu mendapatkanlebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan mengenai pelonggaran monetari," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama dan serantau.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...