Home Pasaran Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian
Pasaran

Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Saham Utiliti, Perladangan Pacu Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, dipacu oleh belian semasa harga rendah dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham utiliti dan perladangan.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.48 mata atau 0.72 peratus kepada 1,606.96 daripada 1,595.48 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 3.84 mata lebih tinggi kepada 1,599.32 dan mencapai paras terendah pada 1,594.07 sebelum meningkat kepada paras tertinggi hari ini.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 683 kepada 432, dengan 483 kaunter tidak berubah, 817 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan menokok kepada 3.32 bilion unit bernilai RM3.30 bilion daripada 2.83 bilion unit bernilai RM2.37 bilion pada Isnin.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI menerima sokongan daripada peningkatan saham utiliti dan kaunter minyak dan gas, yang dipacu oleh situasi industri yang semakin baik dan permintaan lebih kukuh.

“Pasaran seterusnya disokong oleh sentimen positif daripada Wall Street (dalam tempoh semalaman), terutama dalam sektor teknologi berikutan sekatan eksport Amerika Syarikat (AS) ke atas 140 syarikat China,” katanya kepada Livevartha.

Menurutnya sektor pusat data di samping indeks utiliti, pembinaan dan teknologi Bursa Malaysia adalah antara yang mencatat prestasi tinggi.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...