Home Pasaran Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin didagangkan dalam jajaran kecil tetapi cenderung untuk naik padaminggu depan, ini berpotensi mencecah paras US$3,350 setiap auns troy menjelang pelepasan minit mesyuarat bank pusat serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS).

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata prestasi logam berharga itu juga akan disokong oleh kelemahan dalam dolar US di tengah-tengah kebimbangan mengenai kedudukan fiskal negara itu.

"Emas mengakhiri minggu ini dalam jajaran kecil antara US$3,300 setiap auns troy hingga US$3,350 setiap auns troy, bergantung kepada kebimbangan mengenai fiskal AS serta kelemahan berterusan dalam mata wangnya.

"Walaupun permintaan untuk aset selamat masih mantap, aliran keluar daripada dana yang diperdagangkan oleh pertukaran emas (ETF) yang berpangkalan di ASterus menghadkan pengukuhan, didorong oleh spekulasi bahawa naratif tarif telah memuncakdan keadaan mungkin akan menjurus kepada jeda taktikal, yang mana, bakal menyaksikan perang perdagangan bermungkinanmereda.

"Disebalik seretan itu, ketahanan logam tersebut terus mencerminkan kekuatan. Kekurangan permintaan untuk Perbendaharaan AS mula memberi kesan, menekan dolar USdan secara tidak langsung memacu modal kembali kepada emas,” katanya kepada Livevartha.

Tanpa sebarang sokongan dalam jangka pendek bagi lelongan perbendaharaan ataukredibiliti fiskal, latar belakang makro masih memihak kepada logam berharga itu.

Melihat ke hadapan, beliau berkata dengan kejutan geopolitik atau dasar yang tidak diduga, emas mungkin kekal dalam jajaran dagangan semasa.

"Ujian pada paras US$3,350 setiap auns troy mungkin lebih ketara terutamanya jika data AS atau pembekalan perbendaharaan terus memberi impak," katanya lagi.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...