Home Pasaran Saham Perbankan, Produk Pengguna Pacu FBM KLCI Pada Tengah Hari
Pasaran

Saham Perbankan, Produk Pengguna Pacu FBM KLCI Pada Tengah Hari

Saham Perbankan, Produk Pengguna Pacu FBM KLCI Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Isnin dengan lebih tinggi, didorong oleh pemulihan minat belian dalam kaunter saham wajaran tinggi perbankan dan produk pengguna.

Pada12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.94 mata atau 0.20 peratus kepada1,508.39 daripada 1,505.45 pada akhir dagangan Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.05 mata kepada 1,506.50.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 522 berbanding 234 manakala 410 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,260 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.85 bilion saham bernilai RM914.83 juta.

Firma pembrokeranMalacca Securities Sdn Bhd berkata wujud peluang perdagangan dalam sektor pengangkutan dan logistik, khususnya yang berkaitan dengan pengendalian kontena dan kargo konvensional selepas Westports Holdings Bhd mencatat prestasi lebih baik.

“Walaupun semakan semula tarif pelabuhan itu ditunda, kami menjangkakan perbelanjaan modal akan merangsang pertumbuhan bagi jangka panjang,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Firma pembrokeran itu menyifatkan pengumuman Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan "tekanan maksimum" bagi mengeluarkan bekalan minyak Iran daripada pasaran global, akan mengehadkan lagi bekalan minyak global.

“Inidigabungkan dengan rancangan baharu OPEC+ untuk mengurangkan minyak sebanyak 189,000 hingga 435,000 tong sehari, berkemungkinan memberisokongan tambahan untuk harga minyak mentah yang dapat dilihat menerusi potensi minat perdagangan dalam sektor minyak dan gas," katanya.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...