Home Pasaran Ringgit Susut Selepas Trump Umum Tarif Baharu Kepada Mexico, Kanada
Pasaran

Ringgit Susut Selepas Trump Umum Tarif Baharu Kepada Mexico, Kanada

Ringgit Susut Selepas Trump Umum Tarif Baharu Kepada Mexico, Kanada

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Livevartha) — Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.4560/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4495/4570 semasa ditutup pada Isnin.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innesberkata ringgit menyusut selepas Trump mengumumkan hasrat menerusi platform Truth Social pada 25 November untuk mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.

Beliau dalam catatan itu memaklumkan: "Pada 20 Januari, sebagai satu daripada pelbagai perintah eksekutif pertama saya, saya akan menandatangani semua dokumen yang diperlukan untuk mengenakan tarif 25 peratus kepada Mexico dan Kanada untuk semua produk yang masuk ke AS."

Innes berkata peningkatan dasar "America First" oleh Trump mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur Malaysia, menyebabkan peralihan kepada dolar AS sebagai perlindungan daripada potensi ketegangan dalam dinamik perdagangan serantau.

“Kegalauan pasaran pada masa ini mungkin menandakan permulaan kepada tempoh yang berpotensi untuk turun naik, didorong oleh kenyataan tegas Trump dalam media sosial itu.

"Pelabur mungkin meraih manfaat daripada langkah terus berwaspada dan menggunakan pendekatan berhati-hati pada minggu-minggu akan datang," katanya.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...