Home Pasaran Ringgit Stabil Pada Paras 4.50 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Stabil Pada Paras 4.50 Berbanding Dolar AS

Ringgit Stabil Pada Paras 4.50 Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Jan(Livevartha) –Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)pada penutup Selasa memandangkan peserta pasaran menunggu laporan Indeks Harga Pengeluar AS lewat hari ini.

Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) turun kepada 109.445 mata hari ini berikutan berita kenaikan tarif secara beransur-ansur oleh pasukan ekonomi Presiden AS Donald Trump mungkin telah memberikan sedikit kelegaan kepada sentimen pasaran.

“Dengan ini, sentimen pasaran akan terus terkawal kerana Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengekalkan Kadar Dana Fed stabil pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan akan datang pada 28-29 Jan kerana ekonomi AS kekal berdaya tahan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, ringgit kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding euro kepada 4.6201/6268 daripada 4.5964/6004 pada Isnin, susut berbanding pound Britain kepada 5.4839/4918 daripada 5.4592/4640 semalam, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8510/8553daripada2.8706/8733.

Mata wang tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.9500/9739 daripada 12.9440/9618 pada penutup sebelumnya dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 276.7/277.3 daripada 276.8/277.2 pada Isnin.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...