Home Pasaran Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, naik 0.24 peratus kepada4.4330/4400 daripada 4.4450/4490 pada Isnin lepas berikutan sentimen berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang perbincangan FOMC AS malam ini.

“Walaupun Kadar Dana Fed(FFR) dijangka dikekalkan, panduan daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS adalah amat penting dalam menetapkan hala tuju pasaran mata wang,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata unjuran oleh Fed AS mengenai kadar faedah akan dipantau, dengan jangkaan pasaran dua hingga tiga penurunan kadar faedah pada tahun ini.

“Setakat ini, sentimen pasaran dalam kalangan perniagaan dan pengguna adalah lemah,”katanya.

Secara keseluruhannya, pasaran berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ketidaktentuan dalam landskap ekonomi dan geopolitik yang terus meningkat.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.8324/8400 daripada 4.8455/8499 pada Isnin lepas, naik berbanding pound kepada 5.7496/7587 daripada 5.7576/7628 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada2.9595/9643 daripada 2.9896/9925 sebelum ini.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...