Home Pasaran ​​​​Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

​​​​Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

​​​​Ringgit Meningkat Semula, Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Livevartha)– Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, ekorandolar AS lemahdengan pasaran menunggu peristiwa penting minggu ini.

Pada pukul8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3755/3805 berbanding dolar ASdaripada 4.3780/3835 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mungkin mengalami dagangan tidak banyak berubah keranapasaran bersedia untuk minggu yang sibuk.

Beliau berkata tumpuan kini beralih pepada Pilihan Raya Presiden AS yang ditetapkan pada 5 November

“Wujud juga kekecewaan terhadap data pasaran buruh bagi Oktober, yang jauh lebih rendah daripada jangkaan, menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas minggu ini.

“Oleh itu, tinjauan jangka masa pendek bagi ringgit masih kekal dengan keadaansecaraberhati-hati,” katanya kepada Livevartha.

Pada pagi ini, ringgit menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.7511/7641 daripada 4.7532/7592 namun, turunsedikit berbanding pound British kepada 5.6605/6760 daripada 5.6502/6573 ketika ditutup Jumaat lepas.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...