Home Pasaran Ringgit Melantun Semula Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Melantun Semula Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Melantun Semula Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 7 Jan(Livevartha) — Ringgit melantun semula daripada penurunannya baru-baru ini untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS.

Pada6 petang,ringgit meningkat kepada4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu.

“Juga, Indeks Dolar AS(DXY) terus menyusut di bawah108 mata dan ketika ini berlegar sekitar 107.905 mata.

“Namun sentimen pasaran masih berhati-hati sementara menunggu pengumumandasar ekonomi oleh presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump, terutamanya berkaitan tarif import oleh AS dan bagaimana ini akan diterjemahkan kepada inflasi dan reaksi Rizab Persekutuan AS terhadapnya,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada2.8458/8492 daripada paras penutup 2.8583/8614 pada Isnin tetapi turun berbanding pound Britain kepada5.6341/6403 daripada5.6250/6306 dan susut berbandingeuro kepada4.6756/6808 daripada4.6695/6742.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...