Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Disokong Penurunan Hasil Bon Amerika Syarikat
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Disokong Penurunan Hasil Bon Amerika Syarikat

Ringgit Ditutup Tinggi Disokong Penurunan Hasil Bon Amerika Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Nov(Livevartha) –Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika pada Isnin, disokong oleh penurunan dalam hasil bon AS selepas pelantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.

Hasil perbendaharaan 10 tahun AS turun kepada kira-kira 4.34 peratus hari ini, paras terendah dalam dua minggu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkataringgit telah mengukuh dengan ketara, disokong oleh penurunan dalam hasil bon AS berikutan pelantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.

“Bessent dijangka mengguna pendekatan sederhana dalam agenda domestik dan antarabangsa yang agresif bagi pentadbiran AS di bawah Donald Trump.

"Walaupun sejajar dengan falsafah menyeluruh Trump, pendekatan (Bessent) menunjukkan bahawa pelaksanaan tarif dan pemotongan cukai mungkin diteruskan secara lebih perlahan daripada jangkaan pasaran, mewujudkan ruang untuk rundingan,” katanya kepada Livevartha.

Innes berpendapatstrategi yang boleh dijangka itu akan menyebabkan pelaksanaan dasar yang lebih lembut, mengurangkan kebimbangan awal pelabur mengenai perubahan yang mendadak.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...