Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung, Prospek Ekonomi Global
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung, Prospek Ekonomi Global

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung, Prospek Ekonomi Global

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan peniaga mengambil untung selepas pengukuhan unit tempatan itubaru-baru ini selain ditekan prospek ekonomi global yang tidak menentu.

Pada 6 petang, ringgit susutke paras4.2345/2430 berbanding dolar AS daripada 4.2155/2220, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatapeniaga berkemungkinan telah merealisasikan keuntungan dalam pasaran susulan peningkatan ketara mata wang pasaran sedang pesat membangun baru-baru ini.

“Bagaimanapun, gambaran semasa makroekonomi (global) tidak banyak berubah dengan sentimen perniagaan dan pengguna kekalberhati-hati,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata mata wang pasaran sedang pesat membangun yang lain susut nilai berbanding dolar AS dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 99.018 mata.

“Pihak Lembaga Persidangan AS akan mengumumkan tinjauan terkini mengenai Indeks Keyakinan Pengguna bagi Meidengan data terkini April mencatatpenurunan berterusan kepada 86 mata –kejatuhan selama lima bulan berturut-turut sejak Disember 2024.

“Pandangan ramai adalah peningkatan kecil kepada87.1 mata. Ada kemungkinan harga petrol yang lebih rendah itu turut memberi sokongan kepada pengguna sepanjang Mei, walaupun ini dijangka sementara,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia pada akhir urus niaga hari ini.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –Pasaran getah...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha)...