Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Susulan Data Positif Kukuhkan Dolar AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Data Positif Kukuhkan Dolar AS

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Data Positif Kukuhkan Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 8 Jan(Livevartha) — Ringgit mengakhiri peningkatan semalam apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pengumuman data-data negara maju itu yang lebih positif dan menarik pelabur kembali menumpukan mata wang itu.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada4.5000/5050 berbanding dolar AS daripada paras 4.4850/4900, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Livevartha, prestasi ringgit kebanyakannya mendatar berbanding dolar AS dengan gandingan USD/MYR dalam julatRM4.4885 hingga RM4.5005.

“Pengumuman data lebih positif di AS pada malam tadi seperti penawaran pekerjaan dan Indeks ISM bagi sektor bukan pembuatan, telah melonjakkan asas bagi pelaksanaan dasar monetari lebih longgar dan berperingkat oleh pihak Rizab Persekutuan AS (Fed).

“Sehubungan itu, pasaran akan memantau maklumat akan datang seperti minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dan data pasaran tenaga kerja bagi Disember. Statistik gaji bukan perladangan pula akan diumumkan pada Jumaat dengan jangkaan ramai mengunjurkan pewujudan 154,000 pekerjaan pada Disember yang lebih rendah berbanding227,000 dalam November,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata ADP Employment Change yang mengukur pewujudan pekerjaan dalam sektor swasta, akan diumumkan malam ini dengan konsensus menjangkakan 139,000 pekerjaan dalam Disember berbanding 146,000 bagi November.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...