Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan dijangka menjadi tempoh menarik bagi ringgit yang diunjur meneruskan momentum pengukuhanberbanding dolar Amerika Syarikat (AS)m menjelang pengumuman minit mesyuarat bank pusat negara maju itu serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aliran momentum itu didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai kedudukan fiskal AS.
"Gandingan USD/MYR telah melepasi tahap sokongan segera pada RM4.2624dan tahap (rintangan) seterusnya (bagi ringgit) adalah RM4.0947.
“Ada kemungkinan ringgit akan terus mengukuh berikutan persepsi dolar AS yang lemah," katanya kepada Livevartha.
Sidang kemuncak ASEAN pengaruhi prestasi ringgit
Seiring berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur pada 26-27 Mei, 2025, Rakan Pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes mengunjurkan ringgit diniagakan dalam asakancabaran sederhana, memaparkan kelemahan dolar AS serta kembalinya minat pertukaran asing dalam negara sedang pesat membangun.
"Sidang Kemuncak ASEAN itu mungkin bukan pengubah tetapi dapat mempengaruhi sentimen (terhadap ringgit).Perhimpunan pemimpin ini jarang memberi impak segerayang memacu pasaran, namun pelabur sebaliknya akan memantau aspek yang menjurus kepada penyatuan ASEAN yang lebih mendalam, langkah mengurangkan kebergantungan dolar AS atau yang selaras dengan objektif perdagangan Washington,” katanya.