Home Pasaran Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) –Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43-4.44 berbanding dolar AS pada minggu hadapan, kerana sentimen pelabur yang berhati-hati terus mengukuhkan permintaan terhadap dolar ASsebagai mata wang pelaburan selamat, kata seorang penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata arah aliran seterusnya dalam pasaran mata wang akan bergantung kepada keputusanmesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan diadakan pada 18-19 Mac ini.

“Meskipun rata-rataahli ekonomi mengunjurkantiada perubahan pada Kadar Faedah Persekutuan Amerika Syarikat (AS), unjuransuku tahunan kakitangan Rizab Persekutuan akan dipantaudengan teliti oleh para peniagadan pelabur.

“Unjuran ini amat penting terutamanya apabila kebanyakanbank pelaburan utama menjangkakanmengenai kemelesetan ekonomi AS," katanya kepada Livevartha hari ini.

Selain itu, kedua-dua Bank of Japan dan Sveriges Riksbank dari Sweden dijangka akan mengadakan mesyuarat dasar monetari mereka minggu hadapan, dengan kedua-dua bank pusat itu dijangka mengekalkan kadar dasar mereka masing-masing pada 0.50 peratus dan 2.25 peratus.

Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes menjangkakan ringgit akan terus merosotdalam beberapa bulan akan datang ketika pasaran beralih daripada mod berwaspada berkaitan dengan tarif kepada menangani impak penuh dari langkah tersebut.

“Pada minggu depan, saya menjangkakan ringgit berkemungkinan mencecah menghampiriRM4.46 apabila sentimen terus merosot.

Related Articles

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...

MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ketika Perang Dagangan Meningkat
Pasaran

MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ketika Perang Dagangan Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 Mac(Livevartha) –Bursa Malaysia diunjur...