Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Susulan Pengukuhan Dolar US
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Pengukuhan Dolar US

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Pengukuhan Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Livevartha) — Ringgit memulakan urus niaga pada Selasadengan lebih rendah berbanding dolar US yang mengukuh,disokong oleh kenaikansemula dalam Indeks Dolar AS (DXY) daripada penurunan baru-baru ini.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan di paras 4.4590/4700berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS)daripada 4.4495/4570pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkatapasaran telah memberi respons positif berikutan berita mengenai pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent yang mengetuai Jabatan Perbendaharaan AS.

Beliau berkata perkembangan itutelah memupuk sentimen mengambil risiko.

“Ringgit mungkin mendapat manfaat daripada potensi peralihan yang mungkin berlaku daripada dolar AS kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun lain,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada5.5862/6000 daripada5.5939/6033 dan meningkat berbandingeuro kepada4.6548/6662 daripada4.6662/6741 ketika ditutup pada Isnin.

Bagaimanapun, ia turun berbanding yen Jepun kepada2.8880/8955 daripada2.8811/8861.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 14 Mac(Livevartha) — Ringgit dibuka hampir...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...