Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Susulan Dolar AS Meningkat Selepas Langkah Tarif Trump
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Dolar AS Meningkat Selepas Langkah Tarif Trump

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Dolar AS Meningkat Selepas Langkah Tarif Trump

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 April (Livevartha) — Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang negara maju itu mengukuh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas global.

Pada 8 pagi, ringgit susut kepada 4.4515/4785 berbanding dolar AS daripada 4.4510/4565 semasa ditutup semalam.

Trump dilaporkan akan mengenakan tarif timbal balik, yang menyaksikan Rumah Putih mengeluarkan senarai kira-kira 100 negara dan kadar tarif masing-masing yang akan dikenakan oleh AS termasuk Malaysia.

Malaysia akan berdepan tarif timbal balik oleh AS sebanyak 24 peratus berkuat kuasa 9 April.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang akan menjadi lebih defensif berikutan kebimbangan mengenai tarif AS, dan kesannya terhadap pertumbuhan global akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi kepada mata wang selamat seperti dolar AS.

“Mungkin terdapat kebaikan mengenainya tetapi ini boleh menjejaskan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi global.

“Kami berpandangan platform terbaik adalah melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menjadi pengantara dalam sebarang pertikaian perdagangan,” katanya kepada Livevartha sambil memaklumkan ringgit mungkin melepasi paras rintangan segera RM4.45.

Ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...