Home Pasaran Ringgit Bergerak Pada Hala Tuju Betul, Cerminkan Asas Ekonomi – BNM
Pasaran

Ringgit Bergerak Pada Hala Tuju Betul, Cerminkan Asas Ekonomi – BNM

Ringgit Bergerak Pada Hala Tuju Betul, Cerminkan Asas Ekonomi – BNM

Datuk Seri Abdul Rasheed Abdul Ghaffour

KUALA LUMPUR, 9 Jan(Livevartha) — Ringgit bergerak dalamhala tuju yang betul, mencerminkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan negara untuk beberapa tahun akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata beliau percaya ringgit akan terus disokong oleh penurunan berterusanperbezaan kadar faedah dengan Amerika Syarikat dan negara lain serta keyakinan pelabur yang semakin meningkat.

"Kami perhatikan, terutamanya ketika jerayawara, sentimen pelaburan meningkat dan ini membantu ringgit untuk terus bergerak menuju hala tuju yang betul. Selain itu,reformasi struktur yang kerajaan lakukan (akanterus) menyokong ringgit.

"Bagaimanapun, kitaboleh menjangkakan sedikit turun naik dalam tempoh terdekat kerana pasaran sedang menyesuaikan peralihanyang berlaku dalam dasar AS," katanya ketikasesi panel pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 hari ini.

Beliau juga menekankan bahawa ringgit kembali stabil bermula Julai tahun lepas apabila Rizab Persekutuan AS mula mengurangkan kadar faedahnya, mengecilkan perbezaan kadar antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Selain itu, kerajaan juga melaksanakan inisiatif terselarasdengan BNM bagi memastikan aliran dua hala dalam pasaran.

"Dari segi inisiatif terselaras,sejak ia bermula pada Februari tahun lepas, kami telah melihat aliran dua hala yang sangat sihat.

"Contohnya, jika anda melihat (pada) purata volum pertukaran asingharian pasaran dalam pesisir, ia meningkat kepada kira-kira US$18 bilion (US$1=RM4.50) berbanding kira-kira US$15 bilion pada 2023. Jadi terdapat beberapa peningkatan yang kita lihat daripada inisiatif terselarasitu," katanya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...