Home Pasaran PuTERA35 Dapat Bantu Tingkat Penyenaraian Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia – Wahid
Pasaran

PuTERA35 Dapat Bantu Tingkat Penyenaraian Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia – Wahid

PuTERA35 Dapat Bantu Tingkat Penyenaraian Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia – Wahid

Tan Sri Abdul Wahid Omar

PUTRAJAYA, 19 Ogos (Livevartha) –Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) akan dapat membantu meningkatkan lagi penyenaraian syarikat Bumiputera di Bursa Malaysia, kata PengerusinyaTan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata setakat2022, daripada 945 syarikat yang tersenarai diBursa Malaysia hanya tujuh peratus iaitu 62 syarikat yang mewakili syarikat Bumiputera.

“Dengan penguasaan dan penglibatan yang lebih saksamadalam ekonomi negara (menerusi PuTERA35) ia akan memberikan peluang yang saksama kepada Bumiputera dalam perniagaan dan juga sektor pekerjaan.

“Saya rasaakanbanyak lagi syarikatBumiputera yang dapat disenaraikan pada masa hadapan,” katanya selepas Majlis Peluncuran PuTERA35, di sini, hari ini.

Sementara itu, Wahid berkataselain industri minyak dan gas, tenaga boleh baharudan teknologi juga merupakanantara bidang yang boleh diperkasaatau dipertingkatkan oleh syarikatBumiputeradi Malaysia.

“Jika dilihat data sebelum ini, pemilikan ekuiti oleh Bumiputera di Malaysia adalah sekitar 20 peratus.

“Kita mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan yangmana tidak ada golongan yang tertinggal, termasuk bukan Bumiputera,” katanya.

PuTERA35 yang diluncurkanoleh Perdana Menteri hari ini disokong oleh tiga teras, 12 pemacu dan 132 ikhtiaryang komprehensif, berani,berpandangan jauh danlebih inklusif.

Iamerupakan anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...