Home Pasaran Pasaran Getah Meneruskan Aliran Menurun
Pasaran

Pasaran Getah Meneruskan Aliran Menurun

Pasaran Getah Meneruskan Aliran Menurun

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 April (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia terus ditutup lebih rendah hari ini, diseret oleh kerugian dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan keadaan perang perdagangan yang semakin memuncak, kata seorang peniaga.

Beliau berkataniaga hadapan getah Jepun merosot pada Rabu disebabkan ketidakpastian terhadap tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump dan potensi impaknya terhadap ekonomi global.

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh keyakinan untuk lebih banyak rangsangan dari China di tengah-tengah data ekonomi China yang lebih baik daripada jangkaan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga tersebut melaporkan bahawa ekonomi China meningkat lebih daripada jangkaan pada suku pertama 2025, dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) naik 5.4 peratus dari tahun ke tahun.

Beliau berkata pengeluaran perindustrian China melonjak 7.7 peratus dari tahun ke tahun pada Mac, melangkaui jangkaan bahawa ia akan tetap stabil pada 5.9 peratus, seperti yang dilihat dalam tempoh Januari-Februari.

"Jualan runcit Mac, China, yang merupakan pengukur utama penggunaan, menokok 5.9 peratus, mengatasi jangkaan pertumbuhan 4.2 peratus," katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 jatuh sebanyak 18 sen kepada 739.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 5.5 sen kepada 649 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...