Home Pasaran Pasaran Getah Lebih Rendah Minggu Depan Berikutan Tarif AS, Unjuran Global Lebih Lemah
Pasaran

Pasaran Getah Lebih Rendah Minggu Depan Berikutan Tarif AS, Unjuran Global Lebih Lemah

Pasaran Getah Lebih Rendah Minggu Depan Berikutan Tarif AS, Unjuran Global Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 April (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan prospek permintaan global,kata Persatuan PengeluarSarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Hal ini ditambahdengan perang dagangan berterusan yang turut menyumbang kepada kelembapan dalam ekonomi global.

Persatuan itu berkata pengumuman tariftersebut menjejaskan industri di seluruh dunia selainmengakibatkan penurunandalam pasaran niaga hadapan serantau, turun naik harga minyak dan penurunan dalam sentimen pasaran.

Bagaimanapun, ia melihat harga getah mungkin mendapat sedikit sokongan disebabkan oleh keadaan cuaca yang burukyang memberi kesan negatif kepada pengeluaran getah asli sertabekalan terhad.

"Ini sebagai tambahan kepada jangkaan iaitu kerajaan China akan memperkenalkan langkah rangsangan selanjutnya bagimengurangkan kesan tarif AS yangboleh membantu menstabilkan harga," kata persatuan itu kepada Livevartha.

Menurut persatuan berkenaan, prestasi pasaran hadapan getah serantaubersama-sama dengan pengukuhan ringgit, harga minyakdan sebarang perkembangan lanjut mengenai tarif, juga akan mempengaruhi harga.

Sementara itu, pakar industri, Denis Low berkata pasaran getah tempatan dijangka tidak menentu minggu depanterutamanya disebabkan oleh situasi tarif AS.

Menurut beliau, ia akan mengambilmasa bagimenilai sepenuhnya kesan terhadap industri dan negara tertentu.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...