Home Pasaran Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur Susulan Reaksi Cadangan Tarif AS Ke Atas China

–fotoLivevartha

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Livevartha) — Pasaran getah tempatan menunjukkan aliran bercampur-campur pada Rabu berikutansentimen menjadi lemah selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membayangkan hasratnya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari, kata peniaga.

Laporan itu turut menjejaskan pasaran minyak mentah dan memberikan tekanan kepada harga dengan minyak Brent susut 0.14 peratus kepada US$79.30 setong pada pukul 5 petang.

“Bagaimanapun, penurunan (di pasaran getah tempatan) dikekang oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad susulan laporan ramalan cuaca,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat lebih tinggi hari ini apabila cuaca buruk yang melanda negara pengeluar utama Thailand mencetuskan kebimbangan mengenai bekalan walaupun kemungkinan tarif baharu oleh Trump telah mengehadkan kenaikan.

Beliau yang memetik laporan agensi meteorologi Thailand berkata pihak berkuasa itu telah mengeluarkan amaran hujan lebat hingga sangat lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat bermula 21 hingga 25 Jan, 2025.

Pada pukul 3 petang, Lembaga Getah Malaysia memaklumkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 susut 4.5 sen kepada 886.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik lima sen kepada 679 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...