Home Pasaran Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Jan(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) terus meningkat, didorongoleh aliran meningkat pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang melemah berbanding dolar US, kata peniaga.

Niaga hadapan getah Jepun menokok kepada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua setengah bulan, disokong oleh kebimbangan bekalan global berikutan laporan hujan lebat di negara-negara pengeluar utama dan keyakinan terhadap pakej rangsangan China.

Peniaga berkata pedagang pasaran turut bertindak balas terhadap paras inflasi yang perlahan di Amerika Syarikat (AS)dan kenaikan harga minyak mentah.

Bagaimanapun, peningkatan selanjutnyadihadkan oleh ketidaktentuan dasar tarif AS, selain peningkatan ketegangan perdagangan antara AS dan China.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan SMR 20 menokok8.5 sen sekilogram kepada892.00 sen sekilogram daripada 883.50 sen sekilogram pada Selasa, manakala lateks pukal turun1.5 sen sekilogram kepada670.50 sen sekilogram daripada672.00 sen sekilogram sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...