Home Pasaran Pasaran Getah Diunjur Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Diunjur Meningkat Minggu Depan

Pasaran Getah Diunjur Meningkat Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Livevartha) — Pasaran getah diunjurmeningkat sedikit minggu depan, menjejakiprestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma).

Menurut Margma pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan musim monsundi negara pengeluar getah utamayang mungkin menjejaskan bekalan getah, dijangka memberi sokongan kepadaharga.

“Sentimen pasaran berkaitan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, langkah rangsangan China serta perkembangan ketegangan geopolitik global dan petunjuk ekonomi, terutamayang memberi kesan kepada dasar monetari AS akan turut mempengaruhi permintaan terhadap getah,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, pakar industri Denis Low berpendapat pasaran dijangka diniagakan dalam jajaran kecilberserta kecenderungan penurunan minggu depan, meneruskan trend minggu lepas yang memperlihatkanaktiviti pembelian sekali-sekaladan tidak ketara.

"Getah kering akan kekal stabil memandangkan pasaran besar China dalam keadaanperlahan menjelang cuti Tahun Baru Cina.

“Sehubungan itu, permintaan terhadap komoditi ini akan kekal pada paras semasadan dinamik bekalan dan permintaan akan mencapai keseimbangan," katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah MutuMalaysia 20 (GMM 20) meningkat sembilan sen kepada 876 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 12.5 sen kepada 676.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...