Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Pemulihan Minyak Mentah
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Pemulihan Minyak Mentah

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Pemulihan Minyak Mentah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Okt(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpurditutup tinggi pada Rabudisokong oleh pemulihan harga minyak mentah dan kejatuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada 5.04 petang,mata wang tempatan menguncup kepada 4.3800/3850 berbanding dolar AS 4.3760/3810 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata sentimen pasaran disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah tambahan oleh ASdan komitmen kukuhChina untuk mencapai sasaran ekonominya tahun ini.

"Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau susulanketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah," katanya kepada Livevartha.

Menurut beliau harga minyak stabil pada Rabu berikutan data industri yang menunjukkan penurunan mendadak dalam inventori minyak mentah dan petrol AS selepas dua sesi penurunan berturut-turut akibat jangkaan konflik yang meredadi Timur Tengah.

Menurut American Petroleum Institute, stok simpanan minyak mentah menurun sebanyak 573,000 tong dalam minggu yang berakhir pada 25 Oktober.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.62 peratus kepada US$71.65 setiap tong.

Mengikut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20)naik sebanyak 6.5 sen kepada 866.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun sebanyak tiga sen kepada 741.0 sen sekilogram.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Pemulihan Minyak Mentah
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...