Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Jejaki Trend Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Jejaki Trend Pasaran Serantau

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Jejaki Trend Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia meningkat semula untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis berikutan momentum meningkat pasaran getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang stabil, kata peniaga.

Beliau berkata pasaran turut disokong oleh bahan mentah yang terhad pada musim tertentu di negara pengeluar getah utama di tengah-tengah keyakinan kepada langkah rangsangan selanjutnya di China dan prospek ekonomi China yang lebih baik pada 2025.

"Bank pelaburan global dilaporkan telah meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China pada 2025 selepas isyarat awal pemulihan ekonomi. Bagaimanapun, kebimbangan terhadap pertikaian perdagangan yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat (AS) masih berlarutan.

“Beijing memperkenalkan langkah rangsangan baharu minggu ini untuk meningkatkan penggunaan domestik dan berikrar untuk menyokong pasaran saham dan hartanah di samping mengekalkan sasaran pertumbuhan ekonomi 2025 kira-kira lima peratus," katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dikekang oleh ketidakpastian mengenai tarif ASdan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat 14 sen kepada 884.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah 2.0 sen kepada 693.5 sen sekilogram

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...