Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Kekurangan Bekalan Mentah
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Kekurangan Bekalan Mentah

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Kekurangan Bekalan Mentah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 April (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan mengenaikekurangan bekalan bahan mentah akibat musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama dan pengukuhan dalam harga minyak mentah,kata seorang peniaga.

Menurut beliau,sentimen pasaran juga dirangsang oleh harapan yang berkaitan rundingan tarif Amerika Syarikat (AS) dan langkah-langkah stimulus China.

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh ringgit yang lebih kuat berbanding dolar US di tengah-tengah kebimbangan terhadap prospek ekonomi global," katanya kepada Livevartha.

Peniaga berkata harga minyak meneruskan keuntungan hari ini susulan prospek bekalan yang lebih terhad selepas Washington mengenakan sekatan lanjut bagi membendung perdagangan minyak Iran dan pada ketika, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menjanjikan lebih banyak pemotongan output untuk mengimbangi pengeluaran diatas kuota yang dipersetujui.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 meningkat sebanyak 11.5 sen hingga 751.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 2.5 sen kepada651.5 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup esok sempena "Good Friday", ia akan beroperasi semula menjelangIsnin depan, 21 April2025.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...