Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 April(Livevartha) — Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran niaga hadapan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif selain penyusutan ketara harga minyak mentah, kata penganalisis.
Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut3.44peratus kepadaUS$72.34 setong.
Namun, penurunan seterusnya dapat dikekang oleh data ekonomi China yang lebih positif, penyusutan ringgit berbanding dolar AS, jangkaan lebih banyak langkah rangsangan China serta bekalan getah asli (NR) yang lebih terhad daripada negara pengeluar utama getah asli susulan musim daun luruh,katanya kepada Livevartha.
Dalam pada itu, peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun susut ke paras terendahnya pada hari ini sejak 11 Mac lepas apabila Presiden ASDonald Trump mengumumkan beberapa tarif, sekali gus menjejaskan prospek permintaan global dan perang dagangan yang berlanjutan.
Tarif import asas 10 peratus AS itu akan berkuat kuasa pada 5 Aprilmanakala tarif lebih tinggi akan bermula pada 9 April yang akan hanya meningkatkan inflasi dan kebimbangan berlakunya kemelesetan, katanya.
“Laporan juga menyatakan kemungkinan kerajaan China melancarkan lebih banyak langkah rangsangan dalam usaha mengimbangi tarif AS," kata peniaga itu.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (SMR20) turun 17.5 sen kepada 852.5 sen sekilogrammanakala harga lateks secara pukal turun sebanyak 5.0 sen kepada 666 sen sekilogram.
— Livevartha