Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kekurangan Bahan Mentah
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kekurangan Bahan Mentah

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kekurangan Bahan Mentah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 April (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap kekurangan bekalan bahan mentah akibat cuaca dan musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran juga dilonjakkan oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah Shanghai di tengah -tengah data ekonomi China yang amat positif selain langkah-langkah rangsangan China yang berpotensi.

“Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh pengukuhan ringgit serta kejatuhan dalam harga minyak mentah di tengah-tengah perang perdagangan yang semakin memanas di antara Amerika Syarikat (AS) dan China berdasarkan pemantauanpara peniaga ke atas data NR yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),” katanya kepada Livevartha.

Menurut peniaga itu, agensi meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan selatan negara tersebut mulai 14 hingga 19 April ini. Ia memberi amaran kepada petani bahawa keadaan ini mungkin akan menjejaskan tanaman.

Pertumbuhan eksport China juga telah mengatasi unjuran Mac, menokok 12.4 peratus dari tahun ke tahun selepas kilang-kilang segera mengedarkan eksport sebelum tarif AS berkuatkuasa.

Sehingga 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 meningkat sebanyak 4.5 sen kepada 767.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 1.5 sen kepada 658.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...