Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan, Dipacu Pasaran Kukuh Minyak Sayuran Di China
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan, Dipacu Pasaran Kukuh Minyak Sayuran Di China

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan, Dipacu Pasaran Kukuh Minyak Sayuran Di China

Dr Sathia Varqa

David Ng

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatansejakJumaat lepas.

Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata kenaikan itudisokong oleh kenaikan ketara harga niaga hadapan minyak sayuran berkaitan di Bursa Komoditi Dalian, diperkukuhkan lagidengan jangkaan bekalan terhad akibat cuaca buruk serta data terkiniLembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi Disember.

“Peniaga tidak menumpukan perhatiankepada data eksport Malaysia yang kurang memberangsangkan untuk 10 hari pertama bulan ini kerana lebih menekankan mengenai cabaranbekalan pada Januari selepas Persatuan Pengilang Minyak Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) memaklumkan pengeluaran untuk 10 hari pertama menyusut3.84 peratus berbanding tempoh sama pada Disember 2024,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawitDavid Ng, berkata harga MSM melonjak melebihi RM4,450 di tengah-tengahharga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh.

Beliau berkata pengeluaran yang dijangka lemah turut dilihat sebagai faktor sokongan bagi pasaran dalam jangka masa terdekat ini dengan paras sokongan pada RM4,400 satu tan dan rintangan pada RM4,600 satu tan.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 meningkat RM105 kepada RM4,815 satu tan, Februari 2025 menokok RM95 kepada RM4,656 satu tan, Mac 2025 naik RM109 kepada RM4,500 satu tan, April 2025 menokok RM107 kepada RM4,392 satu tan, Mei 2025 menambah RM97 kepada RM4,306 satu tan danJun 2025 meningkat RM80 kepada RM4,247 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 75,523 lot daripada 77,607 lot Jumaat lepas manakala kepentinganterbuka susut kepada 221,834 kontrak berbanding 229,080 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat RM110 kepada RM4,870 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...