Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat Susulan Lonjakan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat Susulan Lonjakan Minyak Kacang Soya

Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat Susulan Lonjakan Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan kenaikan pada Jumaat dipacuoleh lonjakan positif dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT) semalam, menurut seorang penganalisis.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Baganiberkata kenaikantersebut disokong lagipeningkatanberterusan daripada niaga hadapan minyak sawit RBD (ditapis, diluntur dan dinyahbau) di Dalian Commodity Exchange (DCE).

"Keuntungan semasa waktu dagangan Asia hari inimencetuskan pembelian liputanpendek ýang kukuh dan pembelian pada harga rendah dalam niaga hadapan MSMmenjelang hujung minggu yang panjang.

"Pada malam Khamis (zon waktuAsia), niaga hadapan minyak soya CBOT melonjak naik selepas berita tersebar mengenai pentadbiran Donald Trump yang meminta pengeluar minyak dan biofuel merundingkan perjanjian mengenai fasa seterusnya dasar biofuel negara berkenaan," katanya kepada Livevartha.

Sependapat dengan Anilkumar, peniaga minyak sawit David Ng berkata niaga hadapan MSMberkembangmelebihi RM4,400 setiap tan akibat kenaikan harga minyak kacang soya.

Katanya, jangkaan pengeluaran juga lebih lemah daripada yang diunjurkan dalam beberapa minggu akan datang.

"Harga minyak soya yang lebih kukuh dipacuterutamanya oleh dasar biofuel Trumpyang dijangkamerangsang permintaan yang lebih tinggi untuk minyak kacang soya.

"Oleh itu, kami melihat paras sokongan pada RM4,350 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,550 setiap tan," katanya.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...