Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata,kebimbangan terhadap kadar pengeluaran yang perlahanmengekalkan sentimen pasaran yang positif.

“"Kami mengesan sokongan harga padaparas RM4,700 satu tandan rintangan pada RM4,850 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM dilihat diniagakan daripada tidak berubah kepada lebih tinggi berikutan niaga hadapan kacang soya lebih tinggi diLembagaPerdagangan Chicago(CBOT).

Selain itu, Xinhua melaporkan bahawa niaga hadapan kacang soya ditutup lebih tinggi padaRabu di Bursa Komoditi Dalian.

“Kontrak bulan Januari 2025, penghantaran kacang soya paling aktif meningkat 11 yuan (kira-kira US$1.53) untuk ditutup pada 3,906 yuan satu tan,” kata laporan itu.

Pada penutup dagangan,kontrak bagi bulan semertaDisember2024 naikRM77 kepadaRM4,928 satu tan, January 2025 meningkat RM70 kepadaRM4,870 setan dan Februari2025 menokokRM63 kepadaRM4,798 satu tan.

Kontrak Mac 2025 melonjak RM58 kepadaRM4,708 satu tan, April 2025 naikRM50 kepadaRM4,614 setan dan Mei2025 meningkat RM42 kepadaRM4,522 satu tan.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...