Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Lemah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Lemah

KUALA LUMPUR, 7 Jan(Livevartha) — Kontrakniaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa susulan jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.

"Kami melihat parassokongan pada RM4,250 dan paras rintangan pada RM4,450 setiap tan," kata Ng kepada Livevartha.

Dalam pada itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil AnalyticsSathia Varqa berkata niaga hadapanMSM sangat tidak menentu minggu ini berikutan prestasi minyak mentah yang bercampur-campur dan ringgit yang lebih kukuh.

Pada6 petang, ringgit naik semulakepada 4.4850/4900 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) 4.5090/5135 ketika ditutup pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 dan Februari 2025 meningkat RM23, masing-masing kepada RM4,713 dan RM4,506 setiap tan.

Kontrak Mac2025 bertambahRM27 kepadaRM4,365 setiap tan, April 2025 berkembang RM34 kepada RM4,267 setiap tan, Mei2025 menokok RM38 kepadaRM4,197 setiap tan danJun2025 melonjak RM44 kepadaRM4,155 setiap tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada97,738 lotdaripada 84,275 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada231,390 kontrak daripada 233,493 kontrak.

Harga MSM fizikal untukJanuari Selatan bertambahsebanyakRM20 kepadaRM4,750 setiap tan.

— Livevartha

Related Articles

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...