Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Laporan MPOB Yang Optimis
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Laporan MPOB Yang Optimis

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Laporan MPOB Yang Optimis

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Jan(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, dipacu oleh laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang optimis terhadap komoditi itu,kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata paras stok yang rendah adalah positif untuk harga dalam tempoh terdekat.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,250 setan dan paras rintangan pada RM4,540 setan," kata Ng kepada Livevartha.

Menurut MPOB, eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 turun 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan berbanding 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya.

Dalam laporan prestasi industri pada Disember 2024, MPOB berkata pengeluaran MSM bagi bulan itu merosot8.30 peratusatau 134,508 tankepada 1.49 juta tan, berbanding 1.62 juta tan pada November.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 menokok RM75 kepada RM4,710 setan, Februari 2025 naik RM102 kepada RM4,561 setan, Mac 2025 bertambah RM95 kepada RM4,391 setan.

KontrakApril 2025 meningkat RM98 kepada RM4,285 setan, Mei 2025 melonjak RM96 kepada RM4,209 setandan Jun 2025 bertambah RM92 kepada RM4,167 setan.

Jumlah dagangan turun kepada 77,607 lot daripada 106,194 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 229,080 kontrak daripada 225,556 kontrak.

Related Articles

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...