Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kebimbangan Permintaan Kurang Dari India
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kebimbangan Permintaan Kurang Dari India

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kebimbangan Permintaan Kurang Dari India

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, dipengaruhi kebimbangan mengenai permintaan berkurangan dari India susulan harga minyak alternatif yang lebih murah, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan timbul kerana harga minyak kacang soya di India lebih murah berbanding minyak sawit.

“Perkara itu menyebabkan sedikit peralihan permintaan kepada minyak kacang soya yang seterusnya memberi tekanan ke atas harga MSM. Kami mendapati sokongan pada paras RM4,150 satu tan dan rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa berkata kontrak niaga hadapan MSM didagangkan rendah secara ketara, merosot 70 peratus daripada kenaikan yang dicatatkan sejak tiga hari lepas, dengan penurunan semakin jelas pada sesi kedua apabila sentimen bertukar lemah.

Beliau berkata penurunan itu disebabkan prestasi bercampur-campur yang dialami oleh minyak berkaitan, kenaikan ringgit, dan unjuran permintaan eksport yang lemah pada permulaan tahun ini.

Pada penutup dagangan, bulan kontrak yang baru disenaraikan Februari 2025 turun RM44 kepada RM4,464 satu tan, manakala Mac 2025 berkurangan RM40 kepada RM4,319 satu tan.

April 2025 susut RM52 kepada RM4,208 satu tan, Mei 2025 menguncup RM54 kepada RM4,134 satu tan, Jun 2025 merosot RM56 kepada RM4,096 satu tan, dan Julai 2025 turun RM53 kepada RM4,080 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 59,237 lot daripada 74,588 lot semalam, manakala kepentingan terbuka susut kepada 220,165 kontrak daripada 220,729 kontrak.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

Oleh Karina Imran and Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 16 Jun...