David Ng
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat pada beberapa hari lepas.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata prestasi eksport yang lemah turut menyumbang kepada harga yang lebih lembap.
Merujuk syarikat pemeriksaan bebas AmSpec Agri Malaysia, Ng berkata eksport minyak sawit Malaysia bagi 1 hingga 30 November susut 10.35 peratus bulan ke bulan berikutan permintaan terhadap minyak sawit yang rendah secara bermusim.
Sementara itu, data Persatuan Pengilang Minyak Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) menunjukkan anggaran pengeluaran minyak sawit kilang Semenanjung Selatan untuk 1 hingga 30 November berbanding 1 hingga 30 Oktober merosot sebanyak 5.30 peratus.
“Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menjangka pengeluaran minyak sawit Malaysia akan menurun sebanyak 10.33 peratus untuk tempoh 1 hingga 30 November," katanya.
“Oleh itu, kami mengesan paras sokongan pada RM5,080 satu tan dan rintangan pada RM5,200 satu tan," katanya dalam kenyataan kepada Livevartha.
Pada penutupan dagangan, kontrak niaga hadapan 13 bulan memaparkan aliran menurun secara keseluruhan manakala kontrak niaga hadapan bulan terdekat memperlihatkan aliran yang kebanyakannya lebih tinggi.
Kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat RM4 kepada RM5,336 satu tan, Januari 2025 menurun RM36 kepada RM5,242 satu tan, Februari 2025 rendah RM7 kepada RM5,128 satu tan, Mac 2025 menambah RM11 kepada RM4,983 satu tan, April 2025 naik RM16 kepada RM4,819 satu tan, dan Mei 2025 meningkat RM10 kepada RM4,662 satu tan.