Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 April(Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diBursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan seiring dengan pasaran tunai minggu depan.

Pasaran tunai mungkin didagangkan dalam mod lebih berhati-hati walaupun pelabur berkemungkinan telah menyerap kesan tarif Amerika Syarikat (AS)

Pada asas Jumaat ke Jumaat, April 2025 susut 9.5 mata kepada1,502.5, kontrak bulan Mei 2025 berada pada 1,501.0, Jun 2025 merosot 11.5 mata kepada1,494.5 dan September 2025 turun 11.0 mata kepada1,482.5.

Jumlah dagangan menyusut dengan ketara kepada25,964 lot minggu ini daripada207,315 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka turun kepada44,881 kontrak daripada59,411 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, indeks utama turun 9.51 mata kepada 1,504.14 daripada1,513.65 pada minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Isnin dan Selasa (31 Mac dan 1 April) bersempena dengan cuti umum Aidilfitri.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...