Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diBursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan disebabkan ketidaktentuan global.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakanpotensi peningkatan yang lebih tinggi jika indeks melepasi paras rintangan 1,520 dan bertahanuntuk tempoh yang berterusan.

Parasmelebihi 1,520 dan belian yang berterusan boleh menolak indeks ke arah 1,549-1,570.

“Bagaimanapun, kegagalan untuk mengekalkan paras1,500 boleh mengakibatkanpenurunan lagi ke paras1,480. Bagi minggu depan, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam dalam julat 1,500-1,530,” katanya kepada Livevartha

Bagi minggu dagangan singkat yang baru berakhir ini, kontrakMac 2025, April 2025 danJun 2025 masing-masing jatuh 10 mata kepada1,507.5, 1,509.5 dan1,512.0, manakalaSeptember 2025 susut12 mata kepada1,499.0.

Jumlah dagangan susut kepada 60,103lot daripada 38,095lot pada minggu sebelumnya dan kepentingan terbuka naikkepada 49,602kontrak daripada41,973kontrak minggu sebelumnya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat,FBM KLCI merosot27.43mata kepada 1,512.15daripada1,547.27pada minggu sebelumnya.

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...