Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Kekal Aliran Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Kekal Aliran Meningkat

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Kekal Aliran Meningkat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 10 Jan(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum meningkatempat hari berturut-turut untuk ditutup tinggi pada hari terakhir minggu ini susulan peniaga terus berhati-hati terhadap dasar baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata penurunan pasaran bon global baru-baru ini turut menyuntik momentum baharu terhadap harga emas.

Beliau berkata peniaga menggunakan emas sebagai lindung nilai terhadap potensi inflasi daripada dasar Trump akan datang dan peningkatan ketegangan perang dagangan di Asia, yang berkemungkinan melemahkan mata wang tempatan.

"Ini menjadikan emas sebagai pilihan yang menarik untuk melindung nilai daripada penyusutannilaimata wang menjelang hari pelantikan (Trump).

"Daya tarikan emas juga mengukuh menjelang pengumuman laporan PenyataGaji Bukan Ladang AS lewat malam ini dan dolar yang sedikit lemah," katanya kepada Livevartha hari ini.

Kontrak bulan semerta Januari 2025 naik kepadaUS$2,692.70 daripadaUS$2,676.30 setiap auns troy pada Khamis, manakala Februari 2025 menokok kepadaUS$2,703.10 daripada US$2,687.40 setiap auns troy semalam.

Kontrak Mac 2025,April 2025 dan Jun2025 masing-masing ditutup tinggi padaUS$2,707.30 daripadaUS$2,696.30 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada28 lot daripada 20 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 56 kontrak daripada 34 kontrak sebelum itu.

Related Articles

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US Setong Didorong Risiko Geopolitik
Pasaran

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

Gambar fail Livevartha KUALA LUMPUR, 21 Mei(Livevartha) –Harga minyak dijangka kekal tinggi...

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...