Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah 
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah 

KUALA LUMPUR, 28 Nov(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah, walaupun terdapat momentum positif dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta November 2024 turun kepada US$2,646.40 setiap auns troy daripada US$2,651.60 setiap auns troy semalam.

Bagi kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,659.30 setiap auns troy daripada US$2,664.50 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada enam lot berbanding tujuh lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka tidak berubah kepada 23 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 27 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,640.85 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...