Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Hadapan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Hadapan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Hadapan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Livevartha) — Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangkamengekalkan trajektori menaik minggu depan, disokong oleh prospek positif emas fizikal di London Bullion Market Association.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkatawalaupun terdapat jangkaan untuk hasil bon lebih tinggi dan dolar lebih kukuhdi bawah bayang-bayang dasar Donald Trump, emas dijangka kekal sebagai aset yang dicari pada waktuketidaktentuandasar berterusan selainmemastikan permintaan berterusan dalam landskap kewangan yang bergelora.

"Harga emas semertamelepasi paras tertentu baru-baru ini iaitu melebihi US$2,675 setiap auns troy mencetuskan sentimen teknikal yang optimis selainmenunjukkan peralihan ke julat dagangan baharu antara US$2,660 dan US$2,710.

"Pergerakan melebihi US$2,700 setiap auns troy boleh merangsang permintaan lebih lanjut danmendorong harga lebih tinggi.

"Prospek emas pada 2025 kekal positif, dipacuoleh permintaan yang kukuh daripada bank pusat dan ketidakpastian ekonomiberterusan selainterus menarik pelabur ke arah aset selamat tradisional ini," katanya kepada Livevartha.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semertaJanuari 2025 ditutup lebih tinggi kepada US$2,692.70 setiap auns troydaripada US$2,667.80 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Februari 2025 meningkat kepada US$2,703.10 setiap auns troy daripada US$2,678.90 setiap auns troy.

Kontrak Mac, Aprildan Jun 2025 kesemuanya ditutup lebih tinggikepada US$2,707.30 setiap auns troy daripada US$2,687.30 setiap auns troy minggu lepas.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...