Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan

Gambar Fail

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 April (Livevartha) –Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakanlebih rendah minggu depanyang mungkin mendorong pelabur untuk membeli pada harga lebih rendah, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Beliau berkata emas masih merupakan aset yang menguntungkan dan mudah tunai selaindalam situasi kejatuhan pasaran ekuiti yang menyeluruh, aset yang menguntungkan akan dijual.

"Ini merupakanparadoks penyesuaian semula danemas mungkin mengalami penurunan jangka pendek, bukan kerana asasnya rosaktetapi kerana portfolio perlu menampung kekosongan di tempat lain," katanya.

Beliau berkatapermintaan jangka panjang terhadap emas masih kukuh.

Pada minggu yang dipendekkan cuti, hargabulan semerta April dari Jumaat ke Jumaat US$3,105.20 setiap auns troy berbanding US$3,080.20 setiap auns troy pada minggu lepas.

Sementara itu, kontrak Mei 2025, Jun 2025dan Ogos 2025 meningkat kepada US$3,126.80 setiap auns troy daripadaUS$3,090.20 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan menokokkepada 340 lot minggu ini berbanding 226 lot minggu lepasmanakala kepentinganterbuka naik kepada 141 kontrak berbanding 78 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan hargaLondon Bullion Market Association pada 3April 2025, harga emas fizikal berada pada hargaUS$3,118.10 setiap auns troy.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...