Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Alami Pembetulan Jangka Pendek Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Alami Pembetulan Jangka Pendek Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Alami Pembetulan Jangka Pendek Minggu Depan

Gambar Fail

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Mac(Livevartha) — Kontrakniaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mungkin mengalami pembetulan jangka pendek minggu depan kerana peniaga tertarik untuk mengunci keuntungan dalam keadaan harga yang mencatatkan paras tertinggi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga emas kekal melebihi US$3,000 seauns sejak 17 Mac berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang terus meningkat.

"Pada masa yang sama, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menyatakan bahawa dua pemotongan kadar faedah mungkin berlaku tahun ini berdasarkan unjuran terkini semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 19 Mac," katanya kepada Livevartha.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada US$3,034.20 setiap auns troy daripada US$2,999.60 setiap auns troy sebelumnya, manakala April 2025 menokok kepada US$3,044.10 setiap auns troy daripada US$3,009.90 setiap auns troy.

Sementara itu, kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 melonjak kepada US$3,054.10 setiap auns troy daripada US$3,019.90 setiap auns troy pada minggu lepas.

Bagaimanapun, jumlah dagangansusut kepada 123 lot minggu ini daripada 419 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 87 kontrak daripada 454 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,038.15 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah
Pasaran

Ekonomi Global Mencabar Dorong Ringgit Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –FTSE Bursa...