Home Pasaran Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Banjir Di Pantai Timur
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Banjir Di Pantai Timur

Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Banjir Di Pantai Timur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan kukuh yang berterusan bagi hari keempat untuk ditutup tinggi pada Khamis.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata prestasi itu direkodkan susulan kebimbangan mengenai banjir pantai timur.

Beliau berkata banjir boleh menjejaskan keseluruhan pengeluaran kelapa sawit di negara ini.

“Kami mendapati harga disokong pada RM4,850 dan rintangan pada RM5,000 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Bagi akhir dagangan hari ini, bulan semerta Disember 2024 melonjak RM132 kepada RM5,060 satu tan, Januari 2025 meningkat RM95 kepada RM4,965 satu tan dan Februari 2025 menokok RM87 kepada RM4,885 satu tan.

Kontrak bagi serahan Mac 2025 naik RM85 kepada RM4,793 satu tan, April 2025 menambah RM77 kepada RM4,691 satu tan, dan Mei 2025 meningkat RM62 kepada RM4,584 satu tan.

Jumlah dagangan turun kepada 80,733 lot daripada 81,832 semalam, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 226,776 kontrak daripada 230,207.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan meningkat RM100 kepada RM5,100 satu tan.

Related Articles

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...

MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ketika Perang Dagangan Meningkat
Pasaran

MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ketika Perang Dagangan Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dijangka Terus Bertahan Minggu Depan, Cecah 4.43-4.44 Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 15 Mac (Livevartha) –Ringgit dijangka...