Home Pasaran Kontrak Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Rendah Minggu Depan

Kontrak Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Rendah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR,5April (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam keadaan sentimen lemah minggu depan, memandangkan penjualan ketara di pasaran komoditi global, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pengumuman mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak kacang soya yang lebih rendah juga akan memberi tekanan kepada harga minyak sawit minggu depan.

“Permintaan yang rendah untuk minyak sawit terutama daripada pasaran AS serta permintaan hambar secara bermusim dari India dan China akan menjejaskan sentimen.

“Kami menjangkakan harga didagangkan dalam julat RM4,100 hingga RM4,400 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Peniaga Minyak Sawit Kanan, Interband Group of Companies Jim Teh berkata harga MSM berkemungkinan diniagakan antara RM3,800 hingga RM3,900 satu tan keranapasaran akan kekal berhati-hati disebabkan pengumuman tarif AS.

Bagaimanapun beliau berkata paras stok fizikal MSM adalah positif, tanpa sebarang kekurangan yang dilaporkan dalam pasaran.

“Kami menantikan laporan kedudukan stok daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk prestasi industri Mac 2025, yang akan dikeluarkan pada 10 April, 2025,” katanya.

Operasi Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada 31 Mac dan 1 April sempena cuti umum sambutan Aidilfitri.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...