Home Pasaran Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM
Pasaran

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Livevartha) — Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepadaRM29.91 bilion daripadaRM21.13 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepadaRM24.41 bilion daripadaRM25.99 bilion sebelum itu.

Awal hari ini, bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman.

Selain itu, bank pusat itu mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula sertakemudahan Murabahah komoditi bercagar dengantempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilaiRM29.90 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM24.40 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.

Setakat 10 Januari, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...