Home Pasaran Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India
Pasaran

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 April(Livevartha) –Harga minyak sawit dijangka stabil dalam tempoh terdekat, berikutan pemulihan dalam pengeluaran dan permintaan daripada pasaran pengimport utama seperti India, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Ketua Pegawai EksekutifnyaBelvinder Kaurberkata import minyak sawit yang lebih lemah dari Disember 2024 hingga Februari 2025 telah menyebabkan penurunan mendadak dalam inventori minyak sayuran di India.

"Walaupun terdapat lonjakan dalam import minyak kacang soya sejak tiga bulan lalu, tetapi dalam hal ini India hanya menggantikan sebahagian daripada permintaan minyak sawitnya.

"Berdasarkan senario ini, terdapat keyakinan bahawa India akan meningkatkan import minyak sawit dalam beberapa mingguakan datang untuk menambah semula stok yang akan menyokong harga minyak sawit," katanya kepada Livevartha.

Belvinder juga berkata turun naik harga minyak sawit mentah (MSM) banyak dipengaruhi oleh dinamik penawaran dan permintaan global.

Sehingga Februari 2025, inventori minyak sawit Malaysia berjumlah 1.51 juta tan, turun daripada 1.92 juta tan pada Februari 2024 dan 2.11 juta tan pada Februari 2023.

"Dengan pemulihan bermusim dalam pengeluaran mulai Mac dan seterusnya, inventori minyak sawit Malaysia dijangka meningkat secara beransur-ansur untuk memenuhi permintaan global tanpa menimbulkan tekanan bekalan," katanya.

Baru-baru ini, MPOC mengunjurkan harga MSM akan berlegar antara RM4,400 dan RM4,600 setan pada Mac 2025, dipengaruhi oleh meningkatnya persaingan daripada minyak kacang soya yang berlebihan dan harganya yang kompetitif di pasaran global.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...