Home Pasaran GMM 20 Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Pasaran Serantau, Keyakinan Dipacu Rangsangan
Pasaran

GMM 20 Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Pasaran Serantau, Keyakinan Dipacu Rangsangan

GMM 20 Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Pasaran Serantau, Keyakinan Dipacu Rangsangan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Livevartha) — Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat lebih tinggi bagi sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat, dirangsang penurunan yen, walaupun kekal berada di landasan dengan mengakhiri minggu ini dengan prestasi rendah berikutan prospek permintaan global yang lemah.

Sentimen didorong lagi oleh keyakinan bahawa China akan menambah baik langkah rangsangannya dengan ketara, terutama melalui langkah fiskal yang bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi pada 2025, katanya.

Beliau berkata sebagai sebahagian langkah itu, China mengumumkan subsidi tukar beli kenderaan yang tamat pada 31 Dis, 2024 akan dilanjutkan sehingga tahun ini di bawah skim tukar beli pengguna yang diperluas untuk menggiatkan semula pertumbuhan ekonomi.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya telah dihadkan apabila ringgit yang sedikit lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan sentimen menjelang laporan pekerjaan AS (bagi Disember),” katanya kepada Livevartha.

Ketika laporan ini dibuat, ringgit didagangkan pada 4.4950/5000 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 ketika ditutup pada Khamis.

Pada pukul 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan GMM 20 meningkat 16 sen kepada 876 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 1.5 sen kepada 676.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Jualan Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Jun (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 17...